SURAU AL ZALZALAH (99)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99. Az-Zalzalah]

Isnin, 22 Oktober 2012

Gempa bumi lemah berlaku di Kudat


KUALA LUMPUR 21 Okt. 2012 - Satu gempa bumi lemah dengan kekuatan 2.9 pada skala Richter telah berlaku di Kudat, Sabah pada pukul 8.46 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa bumi itu berlaku di 22 kilometer dari selatan Kudat dan gegarannya dapat dirasai di sekitar daerah ini. -