SURAU AL ZALZALAH (99)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99. Az-Zalzalah]

Selasa, 20 Ogos 2013

Guru, pelajar sekolah di Baling rasai kesan gegaran




2013/08/20 - 16:01:42 PM
 
BALING: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini.

Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia turut menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.

Seorang guru, Lydia Zephaniah berkata dia merasai gegaran ketika sedang mengajar, namun tidak mengesyaki ia disebabkan gempa bumi sehingga pihak sekolah menerima panggilan daripada Jabatan Meteorologi.

"Saya hanya duduk di kerusi dan melihat pelajar saya setelah merasai kelainan yang tidak pernah saya alami selama ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya. – BERNAMA

Gempa bumi lemah landa Kupang, Kedah



Gempa bumi lemah landa Kupang, Kedah
10:53AM Ogos 20 2013  

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di Kuala Lumpur.

- Bernama