Gempa Bumi Lemah Berlaku Dekat Kudat, Sabah
23 Julai 2013
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah
bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat,
bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan
Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara
dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan,
Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.
Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.
Jabatan itu sedang memantau keadaan dan
akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA