SURAU AL ZALZALAH (99)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99. Az-Zalzalah]

Selasa, 4 Disember 2012

Gempa bumi lemah 3.0 dikesan di Keningau



KOTA KINABALU 3 Dis. 2012 - Gempa bumi bermagnitud 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau pada pukul 11.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak 5.3 darjah utara dan 116.3 darjah timur.

Gegaran dilapor dirasai berhampiran pusat gempa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan