SURAU AL ZALZALAH (99)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99. Az-Zalzalah]

Jumaat, 7 Jun 2013

Gegaran awal pagi



Gegaran awal pagi
7 Jun 2013

Tawau: Beberapa penduduk daerah ini terkejut apabila berasa gegaran akibat gempa bumi berpusat 31 Kilometer (KM) dari Kota Tarakan, Indonesia,. kira-kira 118km dari Tawau, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati tidak ramai penduduk mengetahui mengenai kejadian itu kerana ia berlaku pada awal pagi ketika orang ramai masih tidur.

Ketua Balai Bomba Tawau Rudy Fredzek berkata, gegaran jelas dapat dirasai di pekarangan balai bomba kira-kira jam 3.23 pagi.

Menurutnya, pihaknya mengambil langkah awal dengan melakukan rondaan sekitar pusat bandar bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.

“Setakat ini, tiada sebarang kemusnahan yang membabitkan kejadian gempa bumi berkenaan dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam. Rudy berkata, sehingga kini pihak bomba masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan operasi memantau masih dijalankan.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian gegaran akibat daripada gempa bumi berkenaan.

Seorang penduduk yang ditemui, Norazman Junaidi, 31, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terkejut akibat gegaran berkenaan.

Menurutnya, walaupun tidak kuat, namun gegaran itu dapat dirasai dalam tempoh kurang 10 saat.

“Pada mulanya saya beranggapan mungkin hanya bermimpi kerana keadaan berlaku sangat pantas dan kembali tidur semula selepas itu.

“Pada pagi ini (semalam), rupa-rupanya gegaran berkenaan benar berlaku selepas saya melihat banyak komen di Facebook,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi ini.

1 ulasan:

  1. good update. may I know who is the blog owner?

    BalasPadam