Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada
skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi ini, menurut Jabatan
Meteorologi Malaysia.
Gempa bumi itu berpusat di 31km Barat
Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah
dan dirasai gegarannya di Tawau.
Menurut jabatan itu dalam kenyataan
yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, ia sedang memantau perkembangan
kejadian itu.
Di Tawau, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai
yang merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Borneo itu.
Menurut jurucakap JBPM Tawau, pihaknya
menerima beberapa panggilan daripada orang awam sekitar pukul 3.30
pagi berhubung perkara itu.
"Setakat ini tiada sebarang
kejadian yang melibatkan apa-apa kemusnahan," katanya.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan