2013/08/20
- 16:01:42 PM
BALING:
Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi
tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong
dekat sini.
Guru
Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di
tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa
ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.
Beliau
berkata Jabatan Meteorologi Malaysia turut menghubungi pihak sekolah berkenaan
untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.
Seorang
guru, Lydia Zephaniah berkata dia merasai gegaran ketika sedang mengajar, namun
tidak mengesyaki ia disebabkan gempa bumi sehingga pihak sekolah menerima
panggilan daripada Jabatan Meteorologi.
"Saya
hanya duduk di kerusi dan melihat pelajar saya setelah merasai kelainan yang
tidak pernah saya alami selama ini," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Menurut
kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini
pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai
di sekitarnya. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan