SURAU AL ZALZALAH (99)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99. Az-Zalzalah]

Ahad, 7 September 2014

Panik Kunak bergegar


Panik Kunak bergegar
6 Sep 2014

Kunak: Penduduk di tiga daerah di kawasan pantai timur negeri ini panik seketika apabila berlaku gegaran akibat gempa bumi berukuran 4.0 skala Ritcher yang dikesan di 3.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur iaitu 11 kilometer ke selatan daerah ini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian 9.15 pagi, penduduk di kawasan berkenaan hanya merasai gegaran yang lemah dan tiada sebarang kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.

Seorang penduduk di Lahad Datu, Muhammad Yusof, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di pejabat bersama rakannya.

“Saya terasa lantai bangunan bergegar seketika, manakala kerusi dan meja turut bergoyang. Kami yang berada di dalam pejabat hairan dengan gegaran itu dan panik.

“Selepas beberapa saat kemudian, baru keadaan tenang dan kami masih tertanya-tanya sama ada itu gempa bumi atau bangunan sedang diselenggara,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad berkata, selang beberapa minit kemudian, dia mendapat tahu bahawa gegaran itu turut dirasai seluruh penduduk di daerah berkenaan.

“Kejadian ini menjadi bualan hangat di dalam laman sosial menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat dan Facebook yang turut berkongsi bahawa gegaran berkenaan memang berlaku di beberapa daerah lain,” bekerja di Taman Perindustrian Kelapa Sawit.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berlaku gempa bumi lemah dan pusat gempa itu terletak di 3.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur, iaitu 11 Kilometer Selatan dari daerah Kunak pada jam 9.15 pagi.

Sehubungan itu, Pengarah Meteologi negeri Abdul Malik Tussin berkata, pihaknya menerima aduan bahawa berlaku gegaran di tiga kawasan iaitu Kunak, Lahad Datu dan Tawau kesan daripada gempa bumi berkenaan.

“Tiada kesan lain diterima atau aduan kerosakan berlaku akibat kejadian gempa bumi terbabit. Malah kejadian ini berlaku di darat yang tidak akan mengakibatkan ancaman tsunami,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan